Sunday, September 6, 2009

Jiran Bagai dirasuk jembalang

Aku tak paham le perangai indon nie.. ape la masalah diorang cemburu dan benci sangat ngan malaysia.. sedangkan.. rezeki diorang ekonomi diorang.. kebanyakkan semua datang dari malaysia.. isu paling terbaru isu ada tarian bali yang diorang panggil PENDET dalam iklan discovery channel buat utk malaysia.. pastu diorang tak puas le hati sangat.. buat protest.. depan kedutaan malaysia.. baling telur tembelang.. bakar bendera malaysia.. jerit2 nak ganyang malaysia.. Emo membabi buta.. siap sain petition volunteer nak berperang ngan malaysia.. mustar bonaventura.. org yg begitu semangat nak ganyang malaysia.. nie petikan ape yg dia ckp "Malaysia has, in so many ways, robbed, stolen from and insulted Indonesia... we're offended as a people. We're angry, we're disappointed, we're upset," Mustar Bonaventura, the coordinator of a Jakarta recruitment drive by nationalist youth group Bendera told AFP.

kepala hotak nenek dia.. sape yg insulted sape.sape yg robbed sape.. sape yg tak puas hati sape.. kat tenet nie melambak2 group tak kisah la dalam fb ke fs ke ms ke.. semua ade group indon2 anti malaysia.. diorang datang secara haram negara kite.. diorang nak marah balik tuan rumah?..
diorang marah bile diorang tak dpt layanan yg baik.. diorang nak ape lagik??.. duit kerajaan je dah membazir berjuta2.. bg makan kat diorang kat tempat tahanan dan nak hantar diorang balik.. kite tak larang diorang datang.. cume datang.. hormat la tuan rumah.. jgn nak merompak sane merompak sini.. tp lagi bagus takyah dtang...

tp wat mase skrang.. point yg paling ketara.. Pasal penderaan amah.. beribu2 amah indon.. ade la bape kerat kena dera.. itu yg diorang tak puas hati sangat?.. slalo nye amah2 kat sini dpt tempat tinggal.. makan minum.. ade gak family yg akan bwk amah kemana2 kalo bercuti.. gaji plak dlm 600-1000 tak cukup lagik?? berganda2 diorang leh dpt kat sini berbanding kat tempat diorang Tanpa TKI, runtuh ekonominya Malaysia nie slogan yang diorang slalo laungkan.. ape yg runtuh nye.. banyak lagik PTI2 yg berebut2 nak dtg sini.. patut nye diorang kena berterima kasih sbb duit malaysia la yg bantu ekonomi diorang.. setiap bulan diorang mesti akan anto duit balik.. kalo sorang rm500.. kat malaysia ade berjuta2 indon.. bape banyak ekonomi diorang dpt jana..

pastu diorang tak puas hati plak pasal budaya.. lagu.. lagu negaraku pon diorang nak bising kate tiru lagu terang bulan.. tue lagu rakyat.. nama pon serumpun mesti le budaya pon kite kongsi bersama... bukan je lagu.. mcm2 diorang claim diorang punye... siap menara berkembar petronas pon diorang kate curi idea dari diorang nye candi prambanan..tue belom hackers yg hack website gov malaysia.. tp hacker malaysia pon tak dok diam.. tak tau la ape masalah diorang....
melampau2 benci nye pada kite.. sedang kan mase tsunami.. rakyat malaysia la yg berlumba2 nak tolong.. bagi bantuan.. bagi sumber kewangan.. sbb kite berjiran.. tp tak semua mangsa tsunami yg dpt duit bantuan tue.. tah mana lesap nye.. sikit pon tak berterima kasih.. malah lagi melaung2kan slogan ganyang malaysia.. mungkin diorang rindu era pemerintahan sukarno.. tapi bukan semua indon yg berfikiran yg mcm nie.. ramai je yang baik..

islam agama rasmi diorang.. dlm islam pon jiran sangat la penting... kite kena hormat ngan jiran.. tolong kalo ade susah.. bukan nye mencaci maki.. bukan nye asik nak menganyang jiran sendiri.. jangan hanye tgk yang buruk.. sedang kan yang baik ditolak ketepi..

3 comments:

  1. marah nampaknya cik mizi? tapi memang setuju lah.
    hmm. dorang mmg peranagai nye mcm tu. sbb tu dorang x maju maju. klu yg islam tu pun byk yg deviate. society dorang yg x btul, tp dorang nak blame others. dorang x kan bahagia la buat macam ni. ape tah yang dorang nak sebenarnya pun tatau. rusuhan protes suma tu xdpt selesai kan masalah pun. dorang kena bersatu. atleast bersatu dgn malaysia ni. byk benefit.
    harap harap president indon baca ni. haha

    ReplyDelete
  2. a thought to share : ko tahu ko sape aku.

    tentang isu budaya yang ditiru-diciplak dari Indonesia oleh Malaysia. Sebelum-sebelum ini, bnyk kite dengar isu tentang batik, tarian pendet, kuda kepang dan pelbagai lagi kesenian dan kebudayaan yang mahu diakukan sebagai milik nasional negara mereka.

    cth baru-baru ini, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan setiap rakyat negara itu memakai batik atas menunjukkan gah kerana UNESCO telah mengumumkan hak perebutan warisan kebudayaan batik telah diberikan kepada negara Indonesia..

    Media-media Indonesia juga banyak mewarwarkan tentang permasalahan tuntutan warisan kebudayaan yang mana, dikatakan banyak ditiru dan diambil oleh Malaysia. Banyak contoh-contohnya boleh dilihat dalam Youtube dan lain-lain. Sehinggakan rakyat Indonesia naik marah dan mahu mencari setiap rakyat Malaysia di Jakarta dan menghalau dengan buluh runcing. Bunuh? Mungkin?

    Sebenarnya perkara ini merunsingkan hati setiap mukmin yang masih segar. Sedar akan nilai persaudaraan seIslam yang jauh... jauh ... jauh lebih bermakna dan lebih penting diutamakan dari ikatan kenegaraan dan kebudayaan sesama manusia.

    "Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara. Sebab itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat" (Al-Hujurat, 49: 10)

    Sebenarnya isu ini dapat diselesaikan jika (dan hanya jika) setiap dari orang mukmin menjadikan mukmin yang lain sebagai saudara (ie. seperti adik-beradik, saudara sedarah sedaging etc.) mereka.

    Mana mungkin saudara sanggup mencederakan saudara mereka sendiri. Kalau itu pun tidak sanggup, masakan sanggup untuk meleraikan ikatan ikatan yang telah tersimpul rapi dan kuat antara satu sama lain.

    Kalau di Malaysia, kita mampu lihat akan kebenarannya (tidak perlu pergi jauh). Layanan kita kepada saudara seagama kita pun mungkin tidak sama. Pekerja-pekerja bangsa asing ini juga yang dikasari, dari segi fizikal ataupun spiritual. Orang Malaysia panggil bangsa lain (walaupun seakidah, seagama dengannya) dengan panggilan-panggilan yang tidak sedap didengari oleh orang itu sendiri.

    "Indon!(ni bukan ko ke panggil tadi huh) Bangla! Keling!"

    Tidakkah mereka sedar yang barangkali orang yang mereka rasa tidak sama taraf dengan diri mereka sendiri. Padahal di sisi Allah, setiap mukmin adalah sama, kecuali takwa.

    Tidakkah kite sedar yang barangkali orang yang kite rasa tidak sama taraf dengan diri mereka sendiri. Padahal di sisi Allah, setiap mukmin adalah sama, kecuali takwa.

    Maka, solusi terbaik adalah untuk kita merapatkan ukhuwah antara kita.

    Malaysia dan Indonesia bukan sahaja disatukan oleh ikatan akidah, malah disatukan oleh ikatan bangsa, rumpun, dan bahasa yang sama. Asalnya orang Melayu. Dan orang Melayu, dari segi perlembagaan pun, adalah beragama Islam.

    Tidak salah untuk mempunyai nilai kebudayaan yang sama, sebab orang Malaysia dan Indonesia datang dari rumpun yang sama. Asal yang sama. Malah sepatutnya nilai warisan kebudayaan yang sama inilah yang menyatu-padukan orang Melayu Islam, tanpa sempadan. Dan pada masa yang sama, kita saling menghormati.

    bersatulah atas dasar akidah kita yang serupa. Kerana Islam lah, kita hebat dan dipandang mulia oleh Allah SWT.

    komen + thought dr kawan2 aku aku ni bersifat neutral, maybe nk share solusi terbaik agar bende ni tak berpanjangan.kalau kite tak ubah sape lagi.tapi it takes times.itu aku tahu.

    Insya Allah, kita mampu untuk bersatu.

    ReplyDelete