1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Sunday, August 23, 2009
Friday, August 21, 2009
Cuti pendek
lama dah tak mengupdate blog mcm biasa.. akibat kebizian yg tak berapa melampau.. aku tengah cuti seminggu sekarang.. sejak jumaat lepas.. tp jumaat nie baru aku dpt nak update blog. hahaha.. mase balik aritue terus p johor.. menghadiri majlis convo UTM bersama family.. rabu baru la dapat balik ke rumah.. fuhh.. rindu betul sama rumah, Pc,tilam,bantal empuk dan lain2.. hahaha.. ape2 pon congrats kepada Abgku kerana berjaya grad..
sedo tak sedo. ari nie dah jumaat.. esok dah puasa.. lusa dah nak balik.. jap je cuti.. test pon akan muncul pas cuti nie.. buku 1 ape tak bace.. lagipon tak bawak pon buku balik.. hahaha.. tah macam mana la posa kat sana nanti.. mintak2 takde le penat sangat...
ape2 pon aku nak ucapkan selamat berposa kepada semua kengkawan..
sedo tak sedo. ari nie dah jumaat.. esok dah puasa.. lusa dah nak balik.. jap je cuti.. test pon akan muncul pas cuti nie.. buku 1 ape tak bace.. lagipon tak bawak pon buku balik.. hahaha.. tah macam mana la posa kat sana nanti.. mintak2 takde le penat sangat...
ape2 pon aku nak ucapkan selamat berposa kepada semua kengkawan..
Tuesday, August 4, 2009
Aku yanG ketinggalan
Dalam minggu nie ngan minggu2 lepas.. lect banyak kasi assignment le pulak..hampeh.. 1 ape aku tak reti wat.. semua aku dah lupe.. dah dkt sebulan lebeh stil blur2 je.. otak dah berkarat setahun tak gune.. jenuh kena polish balik nie.. tgk bebudak lain.. laju je diorang wat.. hahaha.. pastu bile adik2 tanye soalan2.. udah tak reti nak jawab.. sedangkan semua dah blaja dulu.. tp apakan daya semua itu tinggal kenangan.. hahahha.
Friday, July 31, 2009
Pos Yang Mengong
Minggu lepas aku telah memposkan motor menggunakan pos laju.. dari perak ke perlis.. dlm 4 5 hari gak baru sampai.. Tapi yang wat aku sakit limpa.. bile nak p amik je.. tgk2 abis patah feRring moto.. berkecai2 tak tahan tue.. hampeh.. tah mcm mana la diorang angkut sampai mcm tue skali.. tp sib baik la fering je patah.. tapi takpe la aku tak kisah pon.. janji moto buruk aku sampai...
dpt je.. aku pon bawak la dengan gumbira.. mencari kedai spare part... dengan harapan mencari ferring baru... jenuh la pusing pekan kangar.. 4 kedai spare part.. 1 je yg ade.. hampeh je.. dan la ujan plak mase tue.. esok nye plak aku bwk la moto pergi ke kelas dengan gumbira dan berkeyakinan.. mase balik je.. pakguard tahan.. wat spotchek lesen.. aku dengan confident nye kasi la lesen.. tgk2 dah mampus awal bulan 7 aritue.. sib baik le pakguard leh kawtim.. hampeh..rupenye selama nie aku bwk moto ngan keta berjalan2 dengan gumbira tanpa lesen rupenye.. tp takpe.. esok la kalo rajin aku renew balik.. duit pokai.. hampeh..
ape2pon aku sangat merindui PC kat umah.. bile la nak cuti nie ish3..
dpt je.. aku pon bawak la dengan gumbira.. mencari kedai spare part... dengan harapan mencari ferring baru... jenuh la pusing pekan kangar.. 4 kedai spare part.. 1 je yg ade.. hampeh je.. dan la ujan plak mase tue.. esok nye plak aku bwk la moto pergi ke kelas dengan gumbira dan berkeyakinan.. mase balik je.. pakguard tahan.. wat spotchek lesen.. aku dengan confident nye kasi la lesen.. tgk2 dah mampus awal bulan 7 aritue.. sib baik le pakguard leh kawtim.. hampeh..rupenye selama nie aku bwk moto ngan keta berjalan2 dengan gumbira tanpa lesen rupenye.. tp takpe.. esok la kalo rajin aku renew balik.. duit pokai.. hampeh..
ape2pon aku sangat merindui PC kat umah.. bile la nak cuti nie ish3..
Khinzir Oh Khinzir
Aku dengar2 bulan nie.. mmg banyak bebudak universiti2.. kat malaysia nie yang menjadi mangsa serangan virus h1n1.. semua nye di kuarantin dan dpt cuti.. hahahha.. termasuklah kat tempat aku blajar.. tp sib baik la kat sini blum lagi sampai cuti.. sbb bebudak yg sakit je dikuarantinkan... tue le.. mcm2.. nie semua ade sebabnye... petanda tuhan kasi.. hahaha..
org yang tak makan babi gak yg kena selesema babi.. yang makan babi terus happy je.. terutama tokey2 babi kat malaysia nie.. hahaha.. ape2 pon selamat bercuti kepada semua rakan2.. yang telah pulang bercuti akibat serangan virus.. smoga korang dpt tgk tv dengan gumbira.
org yang tak makan babi gak yg kena selesema babi.. yang makan babi terus happy je.. terutama tokey2 babi kat malaysia nie.. hahaha.. ape2 pon selamat bercuti kepada semua rakan2.. yang telah pulang bercuti akibat serangan virus.. smoga korang dpt tgk tv dengan gumbira.
Wednesday, July 15, 2009
Kepenatan Tahap Maksima..
fuhh... kelas dah start jadual plak agak pack.. tekejo sane tekejo sini.. agak memenatkan..ditambah plak dengan kelas malam.. hahaha.. mmg seronok habis... nak tido pon tak cukup mase.. hampeh je.. hahaha.. terbayang je kenikmatan duduk di rumah di samping tilam yang empuk.. dan stremyx yg pantas tahap kura2... tp kat sini tahap sloth nye slow nye.. siot tol..
cuaca agak panas.. dan muke pon akan bertukar menjadi org minyak.. tapi sib baik makanan sedap boleh la mengubati perasaan yg gundah gulana dengan makanan yg enak lagi berkhasiat
hahaha
cuaca agak panas.. dan muke pon akan bertukar menjadi org minyak.. tapi sib baik makanan sedap boleh la mengubati perasaan yg gundah gulana dengan makanan yg enak lagi berkhasiat
hahaha
Tuesday, July 7, 2009
Bas Sekolah Kuning
Aku baru je menghabiskan sesi oriantasi.. haha pejam celik pejam celik.. dah lebih seminggu kat utara nie.. dok kat sini happy je.. cume terkejar2 bas di pagi hari.. selagi takde kenderaaan sndiri susah.. tp ape2 pon overall semua ok je la.. laptopp tarak.. nak online susah hahahaha ok la nanti le aku update lagik
Subscribe to:
Posts (Atom)

