Monday, May 11, 2009

Snatch Theft


Semenjak dua menjak nie.. kejadian ragut semakin menjadi2.. tak tau la perangai org jahat skarang mcm haram jadah.. baru2 nie gak. ade 2 ibu mengandung maut apabila diragut semasa menunggang motosikal... 1 kat johor 1 kat kelantan.. mmg celaka tol diorang nie.. Stakat nak ragut handbag je takpe.. nie sampai dah meragut nyawa.. mmg tak dpt dimaafkan.. mintak2 peragut2 nie mati eksiden kena gelek ngan kren.

waktu diorang terlepas takpe.. tp kalo diorang kena tangkap.. mmg patut kena lanyak ngan org ramai.. patah kan dua tangan diorang bg cacat cukup la.. diorang tak kesian kan org lain.. wat ape nak kesian kan diorang.. tp jgn sampai mati.. nanti lain plak kes nye.. pastue nanti tak merasa plak diorang nak dok dalam jail.. kempunan diorang...

Nie antara Kajian yang aku jumpe kat artikel2 yang pernah di buat di negara lain antara sebabnya kenapa kejadian ragut berleluasa ialah:

1. Sukar mendapat kerja, akibat beberapa faktor utama iaitu
a. Majikan mahukan pekerja yang boleh dibayar gaji rendah
b. Syarikat swasta pilih bulu, cuma kaum kaum atau etnik tertentu sahaja yang di ambil bekerja
c. Penduduk tempatan memang tidak berkelayakan untuk kerja atau jawatan yang ditawarakan.
d. Syarikat yang berkuasa menafikan hak rakyat.
e. Ahli politik cuma berpolitik untuk diri sendiri bukan untuk rakyat.

2. Tuntutan hidup - cost of living yang tinggi
a. Gaji yang di perolehi tidak mencukupi dan peluang untuk kerja sampingan tidak ada langsung
b. Harga Barang semakin naik, sedangkan gaji di takuk lama.
c. Kerajaan tidak mengawal harga barangan atau lain lain perkara, walaupun mereka kata memperjuangan nasib rakyat.

3. Kurang Didikan - Agama dan Sivik
a. Pendidikan agama dan sivik hanya sebagai mata pelajaran sampingan,
b. pihak berkuasa cuma mengutamakan lain lain subjek yang kononnya tidak boleh di campur adukkan dengan hal agama, walhal Islam adalah Ad-din yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan samada ibadat, kekeluargaan, masyarakat, perniagaan, teknologi dan sains, pemerintahan dan seterusnya kepimpinan.

4. Penguat kuasaan yang kurang dan masih lemah
a. "Anjing tidur, musang jadi raja, kambing yang jadi mangsa"
b. Pihak berkuasa di lihat cuma memngambil tindakan bila sesuatu perkara sudah berlaku, dengan alasan semua itu mereka telah selidik, walhal telah banyak aduan di buat, tapi tindakan masih belum di ambil
c. "Jadi dulu baru buat tindakan", itulah 'Practise' kita pada masa kini

4. 'Dah tau tak ada duit kenapa tak minta tolong dari kawan kawan atau keluarga' - itulah yang sering di ajukan kepada 'pesalah' dalam mahkamah apabila pesalah mengadu dia terpaksa 'mencuri, menyamun, merompak atau meragut'
Peguam, pendakwa raya yang berpangkat Dato', Datuk Tun, Datuk Seri - cakap memang senang, korang semua gaji besar dah pencen pun dapat sorang 3 Juta.

Cuba kita minta pinjam duit daripada Lawyer lawyer yang Adil lagi bijaksana ini, "Minta maaf, saya tak kenal anda?", "Boleh percaya ke?",

Itulah jawapan yang kami perolehi semasa buat kajian 10 tahun dulu dan kami sedang melakukannya sekarang di Mahmakah Tinggi Wilayah Persekutuan,

Jangan Tekejut kalau anda melihat seorang yang berkelulusan tinggi sedang memarahi seseorang yang cuba meminta bantuan darinya.

Padahal sudah di terang kan kepada Peguam peguam dan tuan Majistrate itu, jika 'si polan ini' tidak dapat meminjam wang, dia mungkin akan melakukan jenayah.

CAKAP tak serupa BIKIN - Lawyer kebanyakkannya PENIPU BESAR!!!!

5. Sikap masyarakat kita sendiri.
a. Memandang rendah pada mereka yang tidak berharta.
b. Menmandang hina pada mereka yang graduate dari Pusat Serenti atau Penjara
c. Tak sedar diri selagi tak kena batang hidung sendiri

kejadian nie mmg tak dpt dielakkan.. walaupon kengkadang tue. mmg tak disangka2.. tp tue la kena gak ambil langkah hati2.. walaupon cctv diletakkan kat tempat2 panas. tp tue tak bg kesan pon.. ape2pon diri sendiri kena peka keadaan sekeliling. jgn ambil mudah soal keselamatan diri..

Antara langkah2 yang boleh diambil utk mencegah dari menjadi mangsa ragut adalah :-

  1. Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Cube elakkan ikut jalan shortcut, berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
  2. Jika terpaksa keluar di waktu malam jangan jalan sorang2 bwk teman terutama kaum wanita.
  3. Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak takyah la nak menunjuk2. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga motor atau raga membeli-belah atau di atas meja sewaktu makan di kedai.
  4. Silangkan beg tangan anda di bahu atau kepit kuat2 celah ketiak dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalulintas.
  5. Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
  6. Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
  7. Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
  8. Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
  9. Jangan kira duit banyak2 depan org ramai atau selepas keluar dari bank atau mesin ATM.
  10. seelok2 nye gunekan dompet sewaktu menaiki motor dan simpan dalam poket. buat poket kat baju kurung
  11. seboleh2 nya cari handbag yang tali nye leh terputus sendiri waktu diragut
  12. Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
  13. Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

2 comments:

  1. kereta i dah kena pecah semalam..

    ReplyDelete
  2. erk.. tue la skrang nie semua tempat tak slamat dah.. ade je malaun2 yg sentiasa memerhati..

    ReplyDelete