Monday, February 16, 2009

PemboLot Jalan

Pembolot jalan ditakrifkan sebagai mereka yang menggunakan lorong laju di sebelah kanan sambil menghalang kelancaran perjalanan kereta di belakang...

Pembolot Jalan nie jugak la yang menyebabkan org yang berada di belakang menjadi sangat Tension..

Kat malaysia nie mmg ramai la pembolot jalan... mmg tension dibuat nye.. tp nasib baik la kesabaran diri menguasai suasana..

Bukan tak leh nak makan angin sambil bawak keta.. tapi pastikan bawak kat lorong yang betul..

Nie tak.. kereta punye la besar.. Laju plak tue.. tp bwk... pakcik tua pon bawak lagi laju...

Org2 yang mcm nie, MMg jenis pentingkan diri sendiri dan menyusahkan org lain...

Kengkadang tue.. Dah la lorong sebelah kiri tue bawak pelan.. yang belah kanan plak ikut same pelan.. siap bersaing lagi.. kalo bersaing laju takpe nie 60km/j pon tak sampai.

Org belakang yang nak cepat plak.. tepaksa la beratur panjang.. Pelik je mentaliti pemandu mcm nie.. MMG sakit ati..

Lepas org bagi lampu tinggi banyak kali.. baru la nak ketepi.. pastue.. wat muke tak bersalah langsung.. Tue takpe lagik...

Nie ada yang siap tengah bergayut lagik kat telepon.. Nak bergayut tue boleh.. banyak aksesori tepon untuk letak dlm keta.. gune la handsfree ke.. bluetoooth ke..

kengkadang tue.. nak je tunjuk MIDDLE FINGER kat org2 mcm nie.. diorang ingat jalan tue
BAPAK diorang punye?..

Kalo ye pon bapak diorang yang punye bersivik la sikit perangai tue..

Tp ade jugak pemandu lorong kanan nie.. yang tak sabo2 nak memotong..kenkadang kereta yang kat depan tue punye la berusaha nak potong kereta kiri sbb pikup tak bape nak ade...

Aku pulak belakang kereta yang tengah cube nak memotong tue..

Tp keta kat belakang aku nie.. punye la EKSYEN bagi lampu tinggi bagai nak Rak mcm ade org nak beranak. MMg kereta beso la.. tue sbb sombong..

Lepas dpt potong.. aku bagi la laluan kat kereta yang nak laju sangat nie.... pas bg dia lepas.. aku cocok angin balik keta dia..

Terkedek2 jugak dia bawak takde la nak laju sangat... Pastue aku bagi balik HIGHBEAM kat dia.. Baru le terkedek2 nak ketepi.. Tadi beriya nak laju sangat...

dia ingat dia michael schumacher ke.. aku potong balik sambil Tgk mcm mana le rupe pemandu nye.. rupenye NYONYA dan kadang2 ade gak mamat2 POSER yang sombong lagi bongkak..

Aku potong dan tinggal kan je dia.. dengan perasaan riang dan girang..

LAgi satu pasal lampu 'signal' punye la liat nak bagi signal bile nak tukar lorong atau nak masuk simpang... TAU LA KORANG TEROR..

Pakai kereta Malaysia yang Telah DI CONVERT kan menjadi LANCER atau kereta ala2 racing.. budject habis power la Dan FAST AND FURIOUS abis la tue.. tak kemana nye kereta korang tue.. LANCER betul datang tinggal gak korang...

Tapi Sbb keTERORan korang tue la yang boleh membahayakan pengguna lain.. ikut suke mak bapak diorang je nak masuk keluar simpang.. kalo kereta dia yang kena hantam takpe..

kalo kereta org lain yang memandu mengikut peraturan yang terlanggar tiang ke masuk curam ke tak ke kesian..

Selalu nye org2 yang mcm nie.. rambut CACAk2... PAkai SPek Mata hitam.. GAya GOOD je.. Tp tak kemana pon.. selalo nye diorang nie KEREK pon.. SBB diorang masuk pertubuhan2 Samseng yang banyak kat malaysia nie..

penat ENGINNEER kereta cipta SIGNAL yang boleh digunakan mase membelok.. TApi Pade org2 yang pentingkan diri sendiri.. MMg liat sungguh nak tarik atau tolak signal tue..



8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Pesanan JKJR kepada semua "Bersopan dan ikut PERATURAN di jalan raya dan perjalanan akan menjadi lebih lancar. Ikut kiri jika tidak memotong".

Dan jangan lupe.. pakai tali pinggang keledar di depan dan belakang.. nanti kena saman BEb...

No comments:

Post a Comment