
Apa itu bersin?
Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung.Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.
Penyebab yang biasa
                
Alergi / alahan
- Debu
 - Kutu haiwan
 - Debunga
 - Kulat
 
Jangkitan virus
- Selesema
 - Jangkitan saluran pernafasan
 
Bahan iritasi kepada hidung
- Bedak
 - Asap
 - Bau yang kuat
 
Apakah yang perlu dilakukan?
                    Jumpa doktor sekiranya
                
Bersin disertai dengan gejala seperti;
- Sakit kepala
 - Hidung tersumbat
 - Sesak nafas
 
Bersin disertai mata gatal, sukar bernafas dan ruam badan.
                Demam.
- Dapatkan rehat secukupnya.
 - Minum banyak air.
 - Virus selesema amat mudah berjangkit sekiranya anda bersin, guna tisu atau tangan untuk menutup mulut ketika bersin.
 - Basuh tangan dengan kerap, virus selesema boleh merebak melalui sentuhan tangan.
 - Sekiranya bersin disebabkan alergi, cuba kurangkan pendedahan anda kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor.
 - Rawatan boleh didapati dalam bentuk tablet dan alat semburan hidung
 
Tip untuk mengurangkan pendedahan di kawasan alergi / alahan
- Jauhi haiwan peliharaan berbulu
 - Guna penapis udara untuk mengurangkan debunga atau bahan alergi dari udara
 - Elakkan dari merokok dan asap
 - Elak dari terdedah kepada orang yang dijangkiti selesema
 - Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
 - Cuci karpet dengan penyedut hampa gas secara berkala
 - Jangan menggunakan penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampa gas ("vacum cleaner")
 
Rawatan
                
Kenal pasti punca bersin dan hilangkan punca bersin sekiranya boleh. Ubat "Antihistamina" digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi. Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik."Nasal decongestants" boleh memberi kelegaan sementara. Tetapi kegunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih teruk.
p/s : اكو ميمڠ بنچي بيلا كنا هابوق..

No comments:
Post a Comment