Thursday, March 19, 2009

بيلا مالم منجيلم


bila malam menjelma...
suasana semakin dingin..
bulan mengambang penuh malam ini...
kelihatan cahaya bulan menerangi jalan raya..

tiba2 perasaan ku mula tidak tenteram..
jam di PC menunjukkan tepat 2 pagi...
aku mula mendegar bunyi aneh...
Tapi aku tak peduli dan terus mengadap PC..

mungkin hanya perasaanku saja...
Tapi bunyi itu masih kedengaran
perasaan ku semakin resah...
bunyi itu menyebabkan perasaanku menjadi gundah gulana..
aku mula memandang ke kiri dan ke kanan mencari punca datangnya bunyi itu..
tetapi.. bunyi itu berhenti semasa aku menoleh ke kiri dan kanan..

aku cuba menguatkan semangatku..
dengan menekan2 keyboardku sambil mendengar lagu2 nasyid..
tetapi bunyi itu tetap mengangguku...
aku cuba menenangkan diriku dengan mengusap2 perutku..
Dan tiba-tiba semasa aku mengusap perutku..
aku dikejutkan oleh bunyi aneh itu...
rupanya bunyi aneh itu datang dari perutku...

aku mengeleng-gelengkan kepala sambil mengusap janggutku pula...
dan mula berfikir bagaimana bunyi itu boleh mengangguku...
Baru aku teringat.. yang aku tidak makan lagi sejak petang tadi..
disebabkan terlalu asyik bermain Game..
sehinggakan aku terlupa dan menyebabkan perutku naik angin..

aku menarik nafas panjang dan serta merta meningkatkan semangatku ditahap maksima..
aku bangun dari kerusi yang telah kududuki selama lebih dari 6 jam..
dan terus meluru ke bilik mengambil Sweater ku..
aku tahu.. aku harus bertindak segera..
aku perlu membuat keputusan yang tepat demi perutku..

walaupun semua orang sedang nyenyak tidur pada masa ini..
dengan langkah penuh berani dan bersemangat..
aku terus melangkah keluar dan terus menghidupkan enjin kereta..
Dalam Fikiranku hanya 1.. KEDAI MAMAK 24 HOUR..
aku terus memecut umpama MIka Hakkinen menuju ke sasaranku..

Sampai di lokasi.. aku berkata kepada MACHA yg bertugas...
"dey Macha.. Kasi nasi goreng Pataya 1.. Roti Canai 1 kasi Bungkuss!"
selepas membuat pesanan..
aku meluru pula menuju ke SEVEN ELEVEN bersebelahan Kedai Mamak..
dan Membeli Slurpee Large Saiz...

setelah makanan Yg diorder Siap..
aku bergegas pulang dan membuka Tv saluran 701..
perasaan ku yang tadinya gundah gulana...
bertukar menjadi semakin girang dan ceria...

Sambil menonton CSI
yang sedang menunjukkan sesi Autopsy
dengan mayat isi perut terburai..
aku tetap makan dengan penuh bersemangat
sambil menghirup SLurpee dengan gembira..
mengharapkan kejadian ini tidak lagi berulang..


MORAL DALAM CITE NI...
  • Jangan lupe makan
  • Jangan main game lame2..
  • Jangan Berjaga sampai lewat malam..
  • Jangan memandu Laju2...
  • Jangan Makan makanan berkolestrol tinggi lewat malam tak elok utk kesihatan..
  • dan last but not least.. Jangan lupe menabung utk memastikan anda leh beli ape je kalo lapar..


2 comments: