Tuesday, March 24, 2009

Sedihnyee!


Mcm biasa setiap hari aku bace paper.. tapi isi hari nie sangat2 menyedihkan bile orang islam sendiri jadi cam nie.. bile dengar kenyataan dari keluarga nie.. cam tak munasabah langsung alasan nye sebab dihina sanggup keluar dari agama.. Lemah nye pegangan agama orang skarang nie.. tp tue la.. kat malaysia nie pon walaupon agama rasmi islam. tp tak banyak role model yang betul2 mengamalkan islam.. banyak pon pada nama je..

pemimpin2 yang ade pon ade la bape kerat je yang leh dijadikan contoh.. tue pon org tak pandang dan pemimpin2 yang mcm nie la diorang akan jatuhkan mule2 skali... tinggal la pemimpin2 yang KORUP meneraju negara itu la yang diagung2kan sangat.. mengikut statistik pon sebenarnye banyak menunjukkan ramai sangat yang nak convert.. kebanyakkan nye remaja2.. pompuan slalo nye bile bercinta dgn non muslim lupe terus segala2 nye...

banyak gak pertubuhan2 underground kat malaysia yang cube convertkan anak2 mude anak dara tua.. mak budak dan bapak budak skrang nie.. Tp benda nie langsung tak dipandang serius.. walaupon banyak yang bersuara tapi tindakkan mencegahnye sikit skali.. tambah plak banyak NGO2 yang menggunakan nama islam menyokong Sape2 nak convert.. banyak cadangan dibuat antaranye permohonan murtad haruslah diuruskan oleh mahkamah sivil dan tidak perlu diproses oleh mahkamah syariah seperti yang berlaku sekarang ini..

tapi walaubagaimanapon kite tetap tak leh salahkan pertubuhan2 tue je.. kite sendiri kena kaji kenapa angka org murtad nie smakin hari smakin banyak.. pihak berkuasa agama islam patut nye lebih terbuka untuk dedahkan statistik org2 yang murtad nie.. walaupon isu nie sensetif tapi utk kebaikan umat islam kite sendiri sbb kesannye pada masyarakat lagi teruk dari kesan dadah.. sangat2 memusnahkan insitusi kekeluargaan..

pastue ditambahplak dengan minda2 remaja melayu islam skrang nie.. yang sangat sukekan hiburan, stakat minat2 dengar lagu tue takde masalah.. tp bile dah start p PUB.. bile dah start tonggang arak dan start berjudi.. dah seronok idup bebas.. lupe terus pada agama.. kengkadang tue Convert tue bukan sbb percaya kebenaran agama lain.. tapi disebabkan nak kehidupan yang bebas dan kononnye terkongkong dalam islam..

mmg nie satu peluang keemasan pade tukang2 convert nak sesatkan umat islam nie.. dengan layanan yang mesra.. bg bantuan kewangan bg support dan mcm2 yang baik2 utuk menarik masuk keagama mereka... salah kite juge sbb slalo kite terlepas pandang benda2 remeh cam nie...

skrang kat malaysia ustad2 nak bagi ceramah pon susah disebabkan ideologi politik kalo yang belah pembangkang takde permit tak leh bg ceramah.. kalo ustad dari pembangkang yang bagi ceramah.. org yg tak sokong pembangkang taknak datang.. bile ustad pemerintah yang wat ceramah.. org2 pembangkang plak taknak datang.. tue la yang merosakkan keadaan bole isi ceramah pon dicampur aduk dengan politik.. pasal politik abis pecah belah masyarakat..

khutbah2 jumaat plak.. hanya disampaikan mengikut teks yang diluluskan je.. kalo 1 tajuk tue.. tajuk tue la disampaikan di bandar dan diluar bandar sedangkan situasi tempat tak sama persekitaran tak sama isu semasa di kawasan bandar tak sama dengan kawasan luar bandar.. jadi isi yang disampaikan slalo nye tak diminati pendegar. tersengguk2 dan terbongkok2 la dengar khutbah.

dalam agama lain plak Kita dapati tiada larangan dan halangan untuk pendeta mereka untuk memberikan ceramah. Sudah pasti ada remaja Melayu yang tertarik kerana senario begitu berbeza sekali apabila pendeta bebas dan petah berceramah dalam perjumpaan mingguan.

ape2 pon kite kena berbalik pada al-quran dan sunnah.. rujuk balik pada para ulama.. ni bile ulama bersuara.. ulama balik kena hentam.. ade je mufti2 yang lantang bersuara.. comfirm ramai je yang tak suke ade je cubaan nak jatuhkan kebenaran dan naikkan plak kekufuran.. bile jadi cam nie takde sape berani nak tegur.. dan jadilah benda yang haram di halalkan dan yang halal di haramkan.

masjid2 plak dihias dan dibina cantik sekali.. lepas tue dijadikan tempat perlancongan.. sedangkan bile waktu berjemaah sepi je.. tak mcm dulu masjid dijadikan pusat ilmu.. ckp je semua ade.. skrang masjid jadi tempat sembahyang je.. aktiviti2 pon sangat terhad.. mana la nak menarik remaja2 skrang.. yang dtg pon kebanyakkan org2 yang dah tua2 je..

ape2 pon sebagai masyarakat islam renung2kan kembali mase depan islam.. semua ditangan kite.. aku pon takde la bagus sangat.. ni hanya pandangan aku.. smoga kite lebih bersatu dan membuka minda sbagai islam..


Kat bwh nie artikel tentang keluarga nak murtad dari harian metro tadi..

Mahu murtad kerana dihina

Oleh Shahrul Nizam Mohamad HARIAN METRO 24 march 2009
KUANTAN: Akibat tak tahan dihina masyarakat setempat kerana miskin, 11 beranak di Kampung Jaya Gading di sini, dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, dia dan suami, Rahim, 40, nekad mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.

“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” kata ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.

Asmah yang berasal dari Ajil, Terengganu, ditemui di sebuah premis menyediakan perkhidmatan menaip surat di Jalan Mahkota, di sini, memberitahu dia dan suami nekad menukar agama.

Menceritakan semula tindakan itu, Azmah berkata, pendapatan suami sebagai pencari besi buruk tidak seberapa.

Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.

Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.


“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.

“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.

Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.


Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya cuba mengelak ditemu bual dan mahu beredar dari sebuah restoran tetapi berjaya dipujuk beberapa wakil media sebelum menunggu ketibaan pegawai Majlis Agama Islam Pahang (Maip).

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.

Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan cuba membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.



No comments:

Post a Comment